JOM FOLLOW!

Thursday, October 20, 2011

Mengapa Malu Belajar Vokasional ??

SALAM KERJAYA



Tak berminat bidang akademik? Baca. Nota. Hafal. Blablablaa~




Berkemahiran dalam bidang teknik & vokasional, tapi tak nampak mana hala tuju kerjaya / masa depan anda?




Rasa rendah diri?




SABASABAR ! HIDUP ANDA BELUM BERAKHIR BEGINI SAHAJA. . .



TAPI . . . . . BEGINI



Apa salahnya teruskan niat dan minat anda itu dalam bidang teknik & vokasional? Tak ada salahnya. Malah anda juga mampu bergraduat dengan cemerlang dalam bidang pilihan anda itu.

"Jangan malu jika belajar dalam bidang vokasional dan teknik kerana bidang ini menjanjikan pendapatan tinggi dan lumayan, malah lebih tinggi daripada penjawat awam," demikian kata-kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang saya petik dari sebuah akhbar tempatan baru-baru ni.
YA ! Kerajaan sendiri menggalakkan lebih ramai pelajar terutama mereka yang tidak meminati akademik untuk mengikuti pengajian dalam bidang teknik & vokasional. Suatu masa dahulu, pendapatan mereka ini mungkin sedikit tetapi sekarang tidak lagi malah kebolehpasaran bidang ini juga mampu dipertingkatkan dengan adanya kepakaran-kepakaran yang boleh memenuhi permintaan tinggi di negara kita ni.
Jadi, jika anda adalah salah seorang daripada lepasan bidang ini, boleh lah lawati Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi mendapatkan maklumat tentang pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan anda.


SEKIAN
-PANTANG MENYERAH SEBELUM REBAH-

No comments: