JOM FOLLOW!

Cheritera



KISAH SI PENJUAL TELUR


Alkisah terjadi di pasar malam..
Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..hehehehe :p


-----------------------------------------------------------------



PELAJARAN SANG KODOK

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.


Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.


-----------------------------------------------------------------




KISAH 3 BUDAK HITAM


Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.




-----------------------------------------------------------------




KISAH TUKANG GUNTING


Seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya,Mengapa anda berkata demikian?""Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu.""Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.Tegas Manan" "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.




-----------------------------------------------------------------



TERTIPU BERULANG KALI




Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi."Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan."Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"


Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.


-----------------------------------------------------------------



CIKGU OH CIKGU




Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!

Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.