JOM FOLLOW!

Sunday, October 30, 2011

Sesi Pecah Bendungan


.:: SALAM PERKENALAN ::.


--------------------------------------------------------------




Nama diberi Shuhada Binti Muslim

Diberi peluang melihat dunia ini pada tarikh keramat 16 September 1989, jam 5.04 pagi di Hospital Daerah Butterworth (Thank You So Much Mom)

Kini merupakan seorang mahasiswa bagi program Pendidikan Bimbingan & Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dulunya dikenali sebagai SITC (tiada lama tiada baharu)

Minat dalam dunia blogging timbul sejak menuntut di tingkatan 6 rendah lagi, ini blog pertama saya ( Tinta Cik Baby ) dan kini menyambung minat itu setelah diberikan tugasan oleh pensyarah bagi kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran, En. Aziz Yatim (Beliau adalah inspirasi saya dalam usaha menyiapkan sebuah blog yang berguna pada diri ini dan anda yang lain)

--------------------------------------------------------------

Ikutilah hasil tinta yang saya lakarkan dalam blog yang mungkin sekadar picisan ini tetapi ketahuilah, saya mengharapkan setiap pembacanya akan mendapat sesuatu daripada tinta-tinta saya.

Sekalung ucapan terima kasih buat anda yang sudi menjengah blog ini dan juga anda yang telah menyertai tapak blog saya yang seadanya ini.


TERIMA KASIH


Thursday, October 20, 2011

Mengapa Malu Belajar Vokasional ??

SALAM KERJAYA



Tak berminat bidang akademik? Baca. Nota. Hafal. Blablablaa~




Berkemahiran dalam bidang teknik & vokasional, tapi tak nampak mana hala tuju kerjaya / masa depan anda?




Rasa rendah diri?




SABASABAR ! HIDUP ANDA BELUM BERAKHIR BEGINI SAHAJA. . .



TAPI . . . . . BEGINI



Apa salahnya teruskan niat dan minat anda itu dalam bidang teknik & vokasional? Tak ada salahnya. Malah anda juga mampu bergraduat dengan cemerlang dalam bidang pilihan anda itu.

"Jangan malu jika belajar dalam bidang vokasional dan teknik kerana bidang ini menjanjikan pendapatan tinggi dan lumayan, malah lebih tinggi daripada penjawat awam," demikian kata-kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang saya petik dari sebuah akhbar tempatan baru-baru ni.
YA ! Kerajaan sendiri menggalakkan lebih ramai pelajar terutama mereka yang tidak meminati akademik untuk mengikuti pengajian dalam bidang teknik & vokasional. Suatu masa dahulu, pendapatan mereka ini mungkin sedikit tetapi sekarang tidak lagi malah kebolehpasaran bidang ini juga mampu dipertingkatkan dengan adanya kepakaran-kepakaran yang boleh memenuhi permintaan tinggi di negara kita ni.
Jadi, jika anda adalah salah seorang daripada lepasan bidang ini, boleh lah lawati Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi mendapatkan maklumat tentang pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan anda.


SEKIAN
-PANTANG MENYERAH SEBELUM REBAH-

Tuesday, October 18, 2011

Nyah Kau MENGANTUK !

BANGUN PAGI, GOSOK GIGI, CUCI MUKA, PEGI MENGAJI . . . LALALALALAAA~

SEEEEELAMAT PAAGI CEKGUU !

Ahaa... Lazimnya beginilah keadaan anak-anak waktu nak pegi sekolah waima pegi kuliah (macam saya) tapi, bila masuk je topik-topik pembelajaran, mula la menguap sana menguap sini, kan? kan?
Jadi, bagaimana?

......................................


NOOO ! Ini Bukan Penyelesaiannya.
**credit to Adik Hazrie

Jadi bagaimana?
Entry kali ni saya nak kongsi satu pergerakan ringkas tapi comel yang bole buat anda ketawa depan cermin (pastikan anda sorang-sorang waktu tu) Hahaha! dan dalam masa yang sama membantu anda untuk lebih bersedia menghadam pengajaran & pembelajaran yang disampaikan tanpa Virus "MENGANTUK" itu, YA! Itu lebih tepat . Caranya begini~

Step 1:
Tarik Nafas, kembungkan perut ye bukan dada.

Step 2:
Ke Kiri & Ke Kanan

Step 3:
Ahaa.. Juga kiri & kanan

Step 4:
Kaki pulak...

Step 5:
Uji kekuatan lutut anda

Step 6:
Mara ke depan, Zig-Zag Style

AMACAM ?? DAH SEGAR? KALAU BELUM LAGI...
INI LAST STEP ANDA :

Haaa... Buat lah berapa banyak kali sampai mengantuk tu hilang, jangan seeemmmput udah le..

Berpeluh takk? Hehehe ...

Saya dah cuba, ia sedikit sebanyak membantu saya, anda bagaimana? Andalah yang tentukan. Daaa !



Wednesday, October 12, 2011

Untuk Anda yang Bergelar Student

Salam Ukwah..
Entry kali ini lebih khusus ditujukan kepada adik-adik yang semakin sibuk membuat persiapan exam mahupun mereka yang masih lepak-lepak, tak tahu bagaimana nak mulakan revision kan? All right, jom kita go thru tips-tips ulang kaji yang saya fikir sedikit sebanyak boleh membantu anda..

Tips 1:
Niat dan Doa Pembuka

Tips 2:
Rela

Tips 3:
Waktu & Tempat yang Sesuai

Tips 4:
Faham, Bukan Hafal

Tips 5:
Sediakan alat tulis Selengkapnya

Tips 6:
Lakukan dalam keadaan yang sesuai dengan Gaya Pembelajaran anda

Tips 7:
Catit isi penting semasa Membaca

Tips 8:
Ringkaskan dalam bentuk Rajah Brain Storm

Tips 9:
Ulang Baca apa yang Ditulis

SELAMAT MENCUBA & JADIKAN IA PENEGUHAN YANG BERTERUSAN




Tuesday, October 11, 2011

Sini Ada Satu CheritA


Hye There ! Salam Ukhwah..

Satu malam tu saya teringat nak jengah satu lagi blog saya yang dah agak lama 'pengsan'. Haha... Pastu terjumpalah satu kisah ni yang pernah saya post dan ada peristiwa yang membuatkan saya mengangkat kisah itu sebagai motivasi diri saya sendiri. Baru-baru ni saya ada buat satu pembentangan ceramah motivasi dalam kursus Pengurusan & Konsultasi sebagai salah satu tugasan kursus tersebut. Seminggu tak ada selera makan beb, memikirkan idea nak ceramah di depan rakan-rakan yang lebih hebat dalam berkata-kata dari saya ne. Bertambah lagi terasa diri ini sangat kecil di hadapan pensyarah saya yang tentunya punya banyak pengalaman menyampaikan ceramah. So, anda anggap sajalah saya ni motivator amatur ye, hehehehe . . Jadi, timbul satu idea untuk saya kongsikan cerita ini dalam kelas, cuma saya elaborate lagi cerita itu dibantu dengan slide bergambar. Saya rasa tak salah juga jika saya kongsikan kisah ini dengan blogwalker di sini kan? Begini kisahnya . . .


Taraa ....! Bertemu saya kembali. Oraite, apa moral of the story yang anda dapat melalui cerita di atas? Anda semua pasti punya pendapat sendiri kan? Saya pun. Nak tau?
Actually, Pohon epal itu adalah orang tua kita.Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.Ketika kita makin membesar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan sentiasa ada di sana untuk memberikan apa yang bisa mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Anda mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita melayan orang tua kita. Dan, yang terpenting: cintailah orang tua kita. Sampaikan pada orang tua kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. And that's the end!

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA MASA WALKING LAAAGI . . .