JOM FOLLOW!

Monday, September 19, 2011

Bukan TAK BOLEH tapi TAK NAK

Salam Ukhwah & Jangan Tidur Lagi !
Dalam perjalanan hidup saya sehari-harian, saya sering melihat perkara-perkara baru yang saya sedar ia berpeluang untuk diperkembangkan. Itu saya, anda bagaimana? Tepuk dada, tanya minda yee . . .
(psstt... jangan asyik dengan selera je tau!)

Bagi saya, jika bukan untuk diperkembangkan sekalipun, mungkin kita sendiri terdorong untuk mencuba, tambahan lagi anda yang kebanyakkannya daripada g0l0ngan muda remaja. Wajarlah.. jiwa remaja jiwa meronta, perasaan inkuiri yang membuak-buak kan?

Tapi sayang 1k kali sayang . . . impian itu tadi hanya tinggal impian dalam angan sahaja. 0uhh kenapa? Sebab sikap suka salahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang sukar, kita mula keluarkan kenyataan yang sebenarnya 'menjatuhkan' diri sendiri. Misalnya~

"AKU TAK BOLEH BUAT LAA..."

"AKU TAK PANDAI LAA..."

Demikianlah antara ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda sendiri. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tak mampu lakukan tapi lebih bermaksud . . . (Haaihh~ Nak cakap p0n sedih !)

"AKU MALAS LAAAAA . . ."

Ahaa . . . Nampak tak?? Inilah signal yang kita hantar kepada minda semasa menyatakan kita tak boleh lakukan sesuatu itu. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang TAK BOLEH sebenarnya disebabkan M A L A S. Oppp-opp~ Itu saya lah, bukan anda 0key *smile*

Suka untuk saya kongsi 1 kisah. Anda kenal siapa ini ?


Ahaa... Inilah Bruce Jenner. Tak kenal tak mengapa, biar saya kenalkan, ehee~ Beliau merupakan penjulang Pingat Emas dengan rekod baru dunia dalam acara Dekatlon bagi Olimpik 1976 di Mexico. Okey, apa kisahnya yang menarik perhatian saya?

Beliau pernah berkata :
"Jika saya perlu merangkak dengan cepat untuk kalahkan mereka, saya akan merangkak. Saya tak kira walau sakit, letih atau teruk macam mana sekalipun, saya akan tetap lakukannya. Saya tak akan biarkan peluang ini terlepas begitu saja"

Demikian ialah pendirian Jenner bagi memastikan tempat dalam Team Olimpik USA pada tahun 1972) Ohh... sejarah~~~

Tapi saya tak kisah, walaupun itu sejarah beliau, sekurang-kurangnya menjadi inspirasi kepada saya hingga kini sebab tidak ada perkara yang mustahil, apa kata kita mencuba kan? Tak berjaya tak mengapa, pengalaman tu kan pelajaran paling bermakna untuk diri sendiri.

S E K I A N -Knock the "t" off the "can't"-
TERIMA KASIH banyak-banyak
sudi jengah entry ini, buang yang keruh ambil yang jernih ~

No comments: