JOM FOLLOW!

Monday, September 19, 2011

Bukan TAK BOLEH tapi TAK NAK

Salam Ukhwah & Jangan Tidur Lagi !
Dalam perjalanan hidup saya sehari-harian, saya sering melihat perkara-perkara baru yang saya sedar ia berpeluang untuk diperkembangkan. Itu saya, anda bagaimana? Tepuk dada, tanya minda yee . . .
(psstt... jangan asyik dengan selera je tau!)

Bagi saya, jika bukan untuk diperkembangkan sekalipun, mungkin kita sendiri terdorong untuk mencuba, tambahan lagi anda yang kebanyakkannya daripada g0l0ngan muda remaja. Wajarlah.. jiwa remaja jiwa meronta, perasaan inkuiri yang membuak-buak kan?

Tapi sayang 1k kali sayang . . . impian itu tadi hanya tinggal impian dalam angan sahaja. 0uhh kenapa? Sebab sikap suka salahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang sukar, kita mula keluarkan kenyataan yang sebenarnya 'menjatuhkan' diri sendiri. Misalnya~

"AKU TAK BOLEH BUAT LAA..."

"AKU TAK PANDAI LAA..."

Demikianlah antara ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda sendiri. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tak mampu lakukan tapi lebih bermaksud . . . (Haaihh~ Nak cakap p0n sedih !)

"AKU MALAS LAAAAA . . ."

Ahaa . . . Nampak tak?? Inilah signal yang kita hantar kepada minda semasa menyatakan kita tak boleh lakukan sesuatu itu. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang TAK BOLEH sebenarnya disebabkan M A L A S. Oppp-opp~ Itu saya lah, bukan anda 0key *smile*

Suka untuk saya kongsi 1 kisah. Anda kenal siapa ini ?


Ahaa... Inilah Bruce Jenner. Tak kenal tak mengapa, biar saya kenalkan, ehee~ Beliau merupakan penjulang Pingat Emas dengan rekod baru dunia dalam acara Dekatlon bagi Olimpik 1976 di Mexico. Okey, apa kisahnya yang menarik perhatian saya?

Beliau pernah berkata :
"Jika saya perlu merangkak dengan cepat untuk kalahkan mereka, saya akan merangkak. Saya tak kira walau sakit, letih atau teruk macam mana sekalipun, saya akan tetap lakukannya. Saya tak akan biarkan peluang ini terlepas begitu saja"

Demikian ialah pendirian Jenner bagi memastikan tempat dalam Team Olimpik USA pada tahun 1972) Ohh... sejarah~~~

Tapi saya tak kisah, walaupun itu sejarah beliau, sekurang-kurangnya menjadi inspirasi kepada saya hingga kini sebab tidak ada perkara yang mustahil, apa kata kita mencuba kan? Tak berjaya tak mengapa, pengalaman tu kan pelajaran paling bermakna untuk diri sendiri.

S E K I A N -Knock the "t" off the "can't"-
TERIMA KASIH banyak-banyak
sudi jengah entry ini, buang yang keruh ambil yang jernih ~

Sunday, September 18, 2011

Aku Bukan "Kayu"

Salam Ukhwah & Salam Perpaduan *Smile*
Ahaa ... Teng0k title untuk entry sulung ni pon dah macam dramatik kan? (Psstt.. biasalah julung-julung kali punya ni, tajuk nak nampak hebat je, hehe) =p
Baik .. Berbalik semula kepada motif utama entry kali ni sebagai pembuka tinta saya untuk blog ini. Sebelum itu, saya nak tanya anda:

1. Penting tak senaman dalam hidup anda ?
2. Jika "YA" untuk no 1. - Berapa kali anda bersenam dalam sehari? seminggu mungkin? atau sebulan? atau setahun?
3. Bagus, sekurang-kurangnya ada daripada tiada . Apa bentuk senaman yg anda lakukan ? Tarik nafas .... hembus? Sit up ? Ber'fixie' ? Gelek gelang Hulla-Hoop? Berkebun? Senamr0bik ? Ya ... Senamr0bik (Psstt.. ada sesuatu yang saya ingin kongsikan tentang itu, hehe).

PERSEPSI INDIVIDU TENTANG SENAMROBIK
1. "Mesti dilakukan beramai-ramai, kalau buat sorang-sorang macam syok sendiri pulak."
2. "Saya nampak kayu lah bila tengok gesture & p0sture sendiri dalam cermin."
3. "Macam gedik saje, lompat sana sini, ke kiri ke kanan, pening la!"
4. "One Two Three Four . . . Tarik Nafas. Senaman apa camtu?"
5. "Eeeuww.. Tak nak lah ! Macam makcik-makcik je ."
6. "Senamrobik sesuai untuk golongan muda saja, veteran macam we alls ne tak ke nampak macam membodohkan diri? Kayu okey . ."
7. ...........dan sebagainya .

Sebenarnya tidak . . Senamrobik (group fitness) adalah gerak latihan yang menggunakan muzik.Latihan bagi senaman ini dikombinasikan dengan pergerakan kaki dan tangan dan pergerakan mensasarkan kepada otot besar.Tujuannya untuk mencapai kadar nadi optima( Target heart rate ) sesuai dengan umur dan tahap kecergasan seseorang.

Di dalam aktviti senamrobik yang dilakukan terdapat beberapa pergerakan yang menjadi asas kepada pergerakan yang lainnya.Kebolehan di dalam mengklasifikasikan pergerakan asas dan kemudian menambahkan elemen variasi adalah satu langkah ke tahap profesionalisme seseorang itu.Hal ini akan menjadikan kelas senamrobik itu menarik.Koreografi yang kreatif boleh wujud daripada pergerakan asas yang mudah. Percaya atau tidak, apabila anda melakukan sesuatu diikuti dengan 'fun' segalanya akan menjadi 'mudah' seterusnya anda bukan lagi menjadi kategori 'kayu' yang menghantui diri sebelum ini. Nak nak lagi time anda 'terpaksa' melakukan senamrobik dalam acara/kursus yang dianjurkan . Anda pon :"Haaaihhh . . !" Ingat ! Mengeluh itu tak bag0s !


Di sini saya telah cuba mendapatkan satu klip video "Senam Satu Malaysia" .Saya dah cuba, mudah diikuti dan yang pasti, it's FUN ! dalam usaha kerajaan meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan belia kita plus mampu mengurangkan kadar stress individu. Sekadar pengenalan, klip ini hanya memaparkan Fasa Memanaskan Badan, jika anda berminat, jangan lupa, tinggalkan komen anda supaya saya boleh pertimbangkan untuk upload klip fasa-fasa seterusnya . U love it, then u just take it *Smile*


KATAKAN "AKU BUKAN KAYU !"


TERIMA KASIH banyak-banyak
sebab sudi luangkan masa untuk entry ini !